KSN jalani kuarantin di rumah

0
2

KETUA Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali kini menjalani kuarantin kendiri di kediamannya susulan menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

Berita itu dimaklumkan Mohd Zuki melalui satu hantaran di Facebooknya hari ini.

“Salam sejahtera semua. Dimaklumkan saya kini menjalani arahan kuarantin (quarantine order) di kediaman saya sehingga 31 Januari 2021 berdasarkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan.

“Ini berikutan saya adalah kontak rapat kepada kes positif Covid-19 pada 22 Januari 2021,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata, situasi itu tidak akan mengganggu urusan pentadbiran perkhidmatan awam kerana akan terus melaksanakan tugas dengan bekerja dari rumah bagi mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan atau dihadirinya.

“Sidang media Pengurusan Darurat yang sepatutnya diadakan petang ini terpaksa dibatalkan dan saya akan mengeluarkan kenyataan media berkenaan mekanisme pentadbiran Pengurusan Darurat,” katanya.

Mohd Zuki dijadual mengadakan sidang media mengenai Pengurusan Darurat hari ini yang akan disiarkan secara langsung melalui Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan BERNAMA TV, pada 2.30 petang. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here