JAIS arah masjid, surau laksana bacaan Yasin setiap malam

0
3

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) mengarahkan semua masjid dan surau di negeri itu melaksanakan bacaan surah Yasin setiap malam selepas solat Maghrib atau Isyak.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata ia sebagai ikhtiar memohon pertolongan Allah agar penularan Covid-19 yang semakin membimbangkan di negara ini dapat dikekang.

“Program ini adalah tambahan kepada Program Selangor Bermunajat dan Berdoa yang diadakan pada setiap Isnin dan Khamis.

“Memandangkan bilangan jemaah yang dibenarkan di masjid dan surau masih terhad, pentadbir diminta memaklumkan pelaksanaan program ini kepada ahli kariah supaya dapat dilakukan di kediaman masing-masing,” katanya menerusi kenyataan.

Mohd Shahzihan berkata inisiatif tersebut adalah ikhtiar untuk memohon pertolongan hanya kepada Allah dan meyakini konteks tauhid bahawa apa yang berlaku adalah dalam ilmu Allah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here