Tiga lagi sekolah di Terengganu ditutup akibat Covid-19

0
2

TIGA lagi sekolah di Terengganu ditutup menjadikan keseluruhan lima sekolah yang diarah tutup setakat ini susulan penularan wabak Covid-19 di negeri berkenaan.

Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Bunga, SK Pusat Chabang Tiga di Kuala Terengganu dan SK Bukit Apit, Hulu Terengganu diarah tutup selama tujuh hari bermula semalam.

Terdahulu, SK Sultan Sulaiman 1 dan SK Paloh di Kuala Terengganu diarah tutup hingga 5 Februari bagi membolehkan kerja membasmi kuman dan sanitasi dijalankan.

Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Dr Nor Azimi Yunus mengesahkan penutupan tiga sekolah terbabit, lapor Sinar Harian.

Difahamkan, beberapa kakitangan sekolah terbabit disahkan positif Covid-19 pada 20 Januari.

Penutupan dilakukan mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) bagi mengelak perebakan penyakit berjangkit. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here