“SAYA terima bermacam-macam ugutan menerusi WhatsApp, call termasuk ada yang nak ugut nak bunuh”
Demikian kata Fara Salleh, wanita yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan penyampai radio Hot FM, Syuk Sahar sehingga kisah mereka tersebar di laman Instagram (IG).
Berikutan menerima pelbagai ugutan daripada individu tidak dikenali, Fara mengambil keputusan untuk membuat laporan polis atas faktor keselamatan diri.
Fara, 28, juga kesah apabila isteri Shuk, , Rossalennah Natassyiah Asshaferah telah menyebarkan maklumat peribadinya termasuk nombor telefon dalam hantaran di IGnya.
“Sebab tu saya terpaksa buat laporan polis. Ia berlaku selepas video saya dimuat naik di media sosial,” katanya dalam video semasa ditemubual wartawan sebuah portal tempatan.
Difahamkan, ketika ditemubual wanita tersebut baharu sahaja selesai membuat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara di Petaling Jaya selepas ‘diserang’ isteri Shuk dalam kejadian awal pagi Sabtu lalu di rumahnya.
Menceritakan mengenai kisah dia ‘diserang’, Fara berkata Rossalennah ke rumahnya kira-kira jam 2 pagi dan mendakwa dia menyembunyikan Shuk di dalam rumah.
Namun begitu, dia enggan membenarkan Rossalennah masuk ke rumahnya atas faktor keselamatan.
Biarpun telah diberitahu Shuk tiada dirumah, Rossalennah masih tidak percaya malah Fara meminta supaya menghubungi pihak berkuasa untuk membuktikan bahawa kelibat Shuk tiada di situ.
“Saya diserang dan dipaksa buka pintu, tapi saya minta dia hubungi Jabatan Agama Islam dan polis, biar pihak berkuasa periksa rumah saya.
“Selain itu saya bagi pilihan lain iaitu dengan mengajak dia melakukan panggilan video dan saya akan buat home tour dia boleh tengok ada atau pun tidak,” katanya lagi.
Sementara itu, apabila ditanya berkenaan hubungannya dengan Shuk, Fara mengakui sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan penyampai radio itu.
“Saya tak ada apa-apa hubungan dengan dia. Korang boleh cakap apa pun, judge, sebab takde dengan saya, tak hidup dengan saya. Saya cuma baca dan diam je,” kata Fara.
Berita mengenai kecurangan Shuk kembali tersebar apabila apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah mendedahkan perkara tersebut dalam laman Instagram (IG) pada Sabtu lalu.
Shuk dikatakan tidak pulang ke rumah dan berada di rumah wanita yang didakwa sebagai kekasihnya, dan pernah dikaitkan dengan wanita yang sama sebelum ini.
Ekoran berita yang tersebar, Shuk hari ini digantung kerja sementara sebagai penyampai radio Hot FM menerusi slot Geng Pagi Hot.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan Hot FM, penggantungan sementara perkhidmatan Shuk adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan untuk melakukan siasatan dalaman tentang isu beliau yang sedang tular di media sosial. – Malaysiapost
Artikel berkaitan :

