Tak wajar stesen radio campuri hal peribadi penyampai – Huzz

0
1

BEKAS Pengarang Majalah URTV, Huzz menegaskan stesen radio perlu membuat siasatan terlebih dahulu sebelum mengeluarkan arahan penggantungan perkhidmatan kakitangan.

Beliau dipercayai merujuk kepada laporan penggantungan khidmat penyampai Hot FM, Shuk Sahar susulan kontroversi berlaku curang dengan wanita bernama Fara Salleh.

Menurut Huzz yang berpengalaman sebagai wartawan hiburan memberitahu syarikat perlu lebih bersikap profesional dan tidak mencampuri hal rumah tangga kakitangan.

“Sepatutnya pihak radio siasat dulu. Andai bersalah nasihat dan beli amaran.

“Bukan tiba tiba bertindak begitu…Nanti difikir orang tidak profesional begitu!,” tulisnya di Facebooknya hari ini.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pihak pengurusan Hot FM, penggantungan sementara Shuk sebagai penyampai radio adalah untuk memberi ruang kepada pihak pengurusan melakukan siasatan dalaman berkaitan isu yang tular di media sosial.

Ia susulan Shuk didakwa berlaku curang dan isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah mendedahkan perkara tersebut dalam laman Instagram, Sabtu lalu.

Shuk dikatakan tidak pulang ke rumah dan berada di rumah wanita yang didakwa sebagai kekasihnya.

Sementara itu, Huzz berkata masalah berkaitan rumah tangga perlu lebih dirujuk kepada Mahkamah Syariah dan tidak perlu menggantung tugas kakitangan sewenang-wenangnya.

“Masalah rumah tangga biar mahkamah Syariah dirujuk. Kalau tempat kerja sesuka hati serta-merta gantung tugas staf ada masalah dengan bini atau laki…jenuh.

“Di sekeliling kita, tak tahu berapa banyak rumah tangga bermasalah kan? Apapun tu undang undang stesen depa (mereka). Jadi DJ tetap ke sambilan ke beringat naa,” ujarnya. – Malaysiapost

Artikel berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here