Thaipusam: ‘Ada batu api cuba bangkit kebencian terhadap MB’

0
1
ALOR SETAR, 12 Mei -- Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri DUN Muhammad Sanusi Md Nor mempengerusikan sidang media khas berhubung isu politik Kedah di Kompleks PAS Kota Sarang Semut di sini --fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA

TERDAPAT pihak tertentu yang cuba menjadi batu api bagi menyemarakkan kebencian terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor dan kerajaan negeri.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kedah, Abdul Hadi Omar berkata tindakan pihak tertentu yang cuba berpolitik secara cauvinis dan mengamalkan perkauman sempit berhubung isu cuti Thaipusam merupakan sesuatu yang bahaya buat masyarakat keseluruhan.

“Apabila kebencian disemai, maka perkauman sempit atau chauvinisme adalah senjata paling ampuh untuk menyatukan suara menghentam musuh. Inilah yang berlaku terhadap Menteri Besar dan kerajaan negeri sekarang.

“Ini merupakan tindakan batu api yang bahaya untuk sosial. Justeru Pemuda PAS Kedah menyelar tindakan mana-mana pihak yang cuba berpolitik secara cauvinis selain memainkan isu perkauman sempit,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Rabu lalu, Muhammad Sanusi mengumumkan kerajaan negeri memutuskan untuk tidak mengisytiharkan sambutan Thaipusam pada 28 Januari ini sebagai cuti peristiwa.

Sebelum ini, Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan mendakwa keputusan itu sebagai berat sebelah selain menunjukkan keangkuhan kerajaan negeri.

Sementara itu, Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Kedah, Azrol Mansor pula berkata, keputusan kerajaan negeri tidak mengisytiharkan hari Thaipusam sebagai cuti peristiwa adalah tepat bersandarkan keadaan semasa melibatkan penularan kes Covid-19 ketika ini.

Sehubungan itu, menurutnya, pihaknya menyokong penuh langkah tersebut kerana yakin kerajaan negeri telah mengambil kira pelbagai faktor sebelum membuat keputusan itu.

“Kami nyatakan sokongan ini kerana dalam masa sekarang, hampir semua negeri berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan Covid-19.

“Dalam keadaan negara ini berdepan pandemik Covid-19, segala bentuk perayaan haruslah ditangguhkan buat sementara waktu bagi meredakan peningkatan kes,” katanya. -Malaysiapost

Artikel berkaitan:
https://malaysiapost.com.my/2021/01/21/thaipusam-tiada-niat-nafi-hak-penganut-hindu-mb-kedah/

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here