Jamal bidas Tun Faisal, cuma tahu ratip Umno tak bagus

0
1

DATUK Seri Jamal Md Yunos menyelar Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya, Tun Faisal Ismail Aziz berhubung isu pemimpin lama punca golongan muda tidak berminat dengan Umno.

Jamal yang juga Ketua Umno Sungai Besar berkata Tun Faisal perlu melihat semula siapa ketuanya ketika ini iaitu Tan Sri Annuar Musa sama ada orang baharu dalam parti atau sebaliknya.

Malah, beliau meminta Tun Faisal melihat juga pemimpin parti lain termasuk pembangkang siapa mereka sama ada golongan tua atau muda.

“Menteri Wilayah bos dia tu orang baru ke.. daripada parti DAP tu semua orang baru ke?

“Daripada parti bunga (Bersatu) tu orang muda sangat ke? PKR orang baru ke…Sabah, Sarawak orang politik baru la sangat. PAS apa kurang tuanya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jamal turut membidas Tun Faisal yang didakwa hanya tahu mengkritik parti.

“Timbalan Ketua Umno Bahagian Putrajaya.. Hari-hari ratip Umno tak bagus, pemimpin Umno tak bagus selain bos dia (Annuar),” katanya.

Sebelum ini Tun Faisal dilaporkan berkata Umno perlu menonjolkan imej yang baik serta mempunyai sistem penggantian kepimpinan baharu untuk kekal relevan dan diterima rakyat.

Beliau berkata, pemimpin muda serta golongan pelapis perlu diberi peluang untuk memimpin parti itu.

Katanya, proses peremajaan parti seperti dilaungkan Umno perlu diterjemahkan dengan memberi peluang kepada pemimpin muda dijadikan senator di Dewan Negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here