Saya beri nafkah setiap bulan tanpa gagal – Aidil

0
2

TONGGAK pertahanan kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak menafikan tuduhan segelintir pihak yang mendakwa dirinya mengabaikan tanggungjawab membayar nafkah kepada anak-anaknya dengan bekas isteri, Rita Rudaini.

Menerusi perkongsian dalam Instagram, pemain Johor Darul Takzim (JDT) itu turut mempunyai bukti pembayaran dan atas alasan tersebut, orang ramai tidak harus sewenang-wenangnya mengeluarkan kata-kata yang boleh menjatuhkan fitnah terhadap dirinya.

“Saya di sini ingin membuat sedikit penjelasan. Untuk pengetahuan semua, kenyataan ini bukanlah untuk mengeruhkan keadaan mahu pun mencari kesalahan sesiapa Sudah cukup saya berdiam diri selama ini.

“Saya telah memberi nafkah kepada anak-anak saya pada setiap bulan tanpa gagal yang telah ditetapkan oleh mahkamah. Saya ada semua bukti pembayaran ke dalam akaun. Seharusnya pihak di sebelah sana (pihak Rita Rudaini) sedia maklum bahawa nafkah telah pun diterima pada setiap bulan,” katanya.

Dalam perkongsian berkenaan, Aidil berkata selama ini dia dituduh tidak pernah memberi nafkah untuk dua orang anaknya, Airit Rayyan Rizqin, 11 dan Airit Qaqa Arjuna, 9.

“Saya difahamkan pihak di sebelah sana tidak menerangkan perkara yang sebenar sehingga menimbulkan keraguan orang ramai terhadap saya dan mengatakan bahawa saya seorang bapa yang tidak bertanggungjawab membayar nafkah kepada anak-anak,” katanya.

Aidil turut memaklumkan, dia berhak menyatakan setiap tanggungannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) termasuklah pembayaran nafkah anak-anaknya.

“Adalah tidak manis urusan keluarga dihebahkan kepada orang ramai. Anda semua sedia maklum yang selama ini saya banyak berdiam diri daripada mengeluarkan sebarang kenyataan dan tuduhan.

“Bukan takut tetapi saya tidak suka bercerita kerana saya tahu akan impak sosial media pada masa akan datang untuk anak-anak yang sedang membesar,” katanya.

Sementara itu, Aidil turut memberi amaran kepada mana-mana pihak yang cuba mengeluarkan sebarang kenyataan berbaur fitnah, penghinaan dan cacian tanpa bukti kukuh. Jika tidak, tindakan serius akan diambil.

“Saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil sebarang tindakan. Saya juga manusia biasa yang tidak lari daripada melakukan kesalahan.

“Saya juga telah memaafkan kepada sesiapa yang memberi komen sebelum ini dan menganggap mereka tidak tahu perkara yang sebenar,”katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here