PTTI tawar 10,000 tiket percuma belajar online kepada calon SPM

0
1

PUSAT peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) PTTI menawarkan secara percuma kepada 10,000 calon SPM untuk menyertai gerak gempur terakhir menerusi seminar khas dalam talian secara percuma.

PTTI menerusi kenyataan berkata, seminar percuma dua hari itu akan diadakan sempena sambutan Tahun Bahru Cina pada 13 dan 14 Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Siti Farhana Abu Osman atau Cikgu Fana, 33, berkata beliau percaya usaha minit akhir ini dapat menyuntik semangat calon SPM.

“PTTI percaya usaha ini dapat sedikit sebanyak membantu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan golongan ibu bapa yang masih menaruh harapan yang tinggi terhadap peperiksaan SPM anak mereka.

“Dengan bangkitnya semangat calon SPM itu beserta dedikasi guru di PTTI, insyaAllah semua itu menjadi kunci terbaik dalam apa yang diharapkan. Malah dengan maklum balas dan kejayaan pelajar SPM sebelum ini yang dibantu PTTI, kami yakin usaha itu bukan sesuatu yang mustahil.

“Jadi segeralah mendapatkan 10,000 tiket percuma itu dengan melayari www.MampuSkorSPM.com atau hubungi hotline 012 808 2284,” katanya.

Sejak Mac tahun lalu, kataya, mereka sudah menganjurkan seminar yang berjaya menghimpunkan sekitar 93000 pelajar tingkatan 4 dan calon SPM.

“Di sebalik isu berbangkit ketika ini iaitu masalah sistem Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk semua golongan pelajar, kami percaya akan ada solusi terbaik terhadap hal berbangkit itu.

“Lama kelamaan cara itu akan dapat dibiasakan. Malah saya lihat ibu bapa sendiri di luar sana mula risau apabila anak mereka ketinggalan dengan cara pembelajaran dalam talian termasuk PdPR) atas kekangan situasi semasa.

“Ironinya PTTI sudah berjaya membuktikan keberkesanan perkongsian ilmu dalam talian. Sejak tahun 2016 pun kami terus agresif. Bayangkan sejak awal penubuhan hinggalah kini, kami sudah membantu lebih 100,000 pelajar SPM memperoleh skor terbaik.

“Tidak semata mata secara interaktif di media sosial, penganjuran seminar yang dilaksanakan juga meraih perhatian ramai pelajar. Cuma apabila berdepan dengan pandemik ini, seminar pun kena dilakukan secara dalam talian,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here