EuroCham Malaysia nafi kandungan surat nyatakan penutupan penuh aktiviti ekonomi

0
1

DEWAM Perniagaan dan Industri Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia (EuroCham Malaysia) menjelaskan kandungan surat dalaman yang tular tidak menyatakan penutupan sepenuhnya aktiviti ekonomi akan dilaksanakan selepas tempoh Perintah Kawalan Pergerakan kali kedua (PKP 2.0) berakhir pada 4 Februari ini.

EuroCham Malaysia dalam kenyataan berkata, apa yang dinyatakan dalam surat bertarikh 23 Januari itu adalah merujuk penekanan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang meminta semua kekal fokus memainkan peranan bagi memastikan satu lagi PKP dielakkan.

“Kami ingin merujuk kepada edaran dalaman berhubung perbincangan tidak rasmi EuroCham Malaysia bersama MITI pada 22 Januari.

“Surat pekeliling dalaman yang dihantar kepada semua ahli kami hanya untuk menyampaikan intipati tidak rasmi dan usaha terpuji kerajaan Malaysia untuk menangani Covid-19.

“Intipati perbincangan tidak rasmi itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang bagaimana komuniti perniagaan dapat memainkan peranan penting dalam meratakan keluk Covid-19 dan kesan ekonomi jika kita semua tidak memainkan peranan aktif,” katanya.

Terdahulu, hari ini media melaporkan kerajaan dijangka akan mengumumkan penutupan ekonomi sepenuhnya selepas 4 Februari, sekiranya jumlah kes Covid-19 di negara ini terus tidak menunjukkan penurunan.

Perkara itu dimaklumkan Eurocham Malaysia dalam surat yang dikeluarkan kepada anggotanya.

Memetik laporan Malay Mail, sumber yang dikaitkan dengan organisasi mengesahkan kesahihan surat itu.

Surat itu memperincikan ringkasan pertemuan Ketua Eksekutif Eurocham Malaysia, Sven Schneider dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), yang menyebutkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah membuat pendirian yang jelas mengenai masalah penutupan ekonomi sepenuhnya.

Surat itu menyatakan bahawa Schneider diundang untuk menghadiri “pertemuan yang sangat penting dan mendesak” di MITI pada malam 22 Januari lalu dan pertemuan itu dipengerusikan oleh Ketua Setiausahanya, Datuk Lokman Hakim Ali.-Malaysiapost

Artikel berkaitan

https://malaysiapost.com.my/2021/01/24/covid-19-sektor-ekonomi-dijangka-tutup-sepenuhnya-jika-kes-terus-meningkat/Covid-19: Sektor ekonomi dijangka tutup sepenuhnya, jika kes terus meningkat – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here