DAP tiada masalah jika barisan Kabinet Anwar majoriti Islam

0
3

BARISAN Kabinet yang akan dipilih Datuk Seri Anwar Ibrahim jika beliau dapat membentuk kerajaan kelak mesti terdiri daripada majoriti muslim dan Bumiputera.  

Ketua Pembangkang itu berkata, perkara itu setakat ini tiada masalah kepada pimpinan DAP seperti yang telah disepakati.  

Katanya, walaupun sering membincangkan tentang hak dan keadilan bagi semua rakyat, perlu berpijak pada kenyataan bumi yang nyata Malaysia ini masih majoriti Melayu, maka seeloknya diwarnai pimpinan mewakili hasrat dan aspirasi rakyat.  

“Sikap DAP setakat ini mereka memahami dan ia berbeza daripada sentimen ramai terhadap parti itu.  

“Saya berunding terus dengan mereka dan DAP cuma mahu apa jaminan dan meminta saya mengotakan mengenai keadilan bahawa tiada rakyat disisih atau diskriminasi.  

“Sebaik mungkin akan lakukan demikian,” katanya dalam program Minda Profesor Negara edisi Bicara Negarawan yang disiar secara langsung di Facebook Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini.  

Anwar berkata, maka seperti dinyatakan dan dimuaafakati semua, kerajaan yang dibentuk haruslah majoritinya Islam, Melayu dan Bumiputera.  

“Setakat yang saya bincang dengan kepimpinan DAP mereka tiada masalah mengenai ini,” katanya. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here