Sememangnya majoriti sudah cukup – Anwar

0
2
anwar ibrahim

KETUA Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggambarkan beliau sememangnya sudah mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri seperti didakwanya sebelum ini.  

Menurutnya, jika melihat situasi ketika ini di mana ramai Ahli Parlimen yang menolak proklamasi darurat dan penggantungan Parlimen, terbukti Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah kehilangan majoriti.  

“Jika dilihat usaha memohon ihsan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menimbang semula pertama soal darurat dan kedua memanggil sidang Parlimen dalam kadar segera itu sahaja sudah 114 hingga 115 ahli parlimen yang menolak usul kerajaan Perikatan Nasional (PN).  

“Ini tidak boleh disangkal dan apakah jumlah (majoriti) itu cukup? Ia lebih dari cukup dan ini dalam ruang yang terbuka (diketahui semua).  

“Selain itu (majoriti menyokong) saya hanya mampu menyampaikan dan akan kemudian menyusuli dengan Agong tidak sebelumnya,” katanya dalam program Minda Profesor Negara edisi Bicara Negarawan yang disiar secara langsung di Facebook Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini.  

Beliau berkata demikian menjawab soalan adakah benar sudah mempunyai sokongan mencukupi seperti didakwanya selepas bertemu Yang di-Pertuan Agong, Oktober tahun lalu.  

Program itu dikendalikan Felo Penyelidik MPN, Dr Muhammad Asri Mohd Ali sebagai moderator dan turut disertai Presiden MPN, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose.  

Anwar berkata, apa yang nyata sekarang ini dan tidak boleh disangkal adalah jumlah yang menolak pandangan Perdana Menteri membabitkan isu besar darurat dan penggantungan Parlimen adalah besar.  

“GPS (Gabungan Parti Sarawak) juga sedang  membincangkan perkara ini dan saya tidak tahu apa keputusannya 

“Tetapi jika berlaku penolakan maka jumlah yang komited menyokong darurat dan penggantungan Parlimen mungkin tidak sampai 90 ahli parlimen atau lebih kurang daripada itu,” katanya. – Malaysiapost 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here