Zahid jalani ujian saringan Covid-19

0
2

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau telah menjalani ujian saringan Covid-19 di Hospital Avisena Shah Alam, hari ini.

Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu memaklumkan perkara itu menerusi laman rasmi Facebooknya, sebenar tadi.

Katanya, susulan itu beliau akan menjalani kuarantin kendiri di rumah.

“Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya telah menjalani swab test di hospital Avisena Shah Alam pada hari Rabu 20/1/2021 jam 11 pagi.

“Buat sementara waktu ini saya mengkuarantinkan diri dirumah. Doakan semoga saya dan seluruh ahli keluarga saya tidak dijangkiti wabak covid-19. InShaa Allah,” katanya.

Bagaimanapun, dalam hantaran itu Zahid tidak menyatakan punca beliau perlu menjalani ujian swab berkenaan.

Terdahulu, Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman disahkan positif Covid-19 dan sedang menjalani kuarantin.

Dalam satu kenyataan di Facebook beliau pagi ini, Pengerusi Kumpulan Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) itu memberitahu menjalani ujian saringan Covid-19 semalam.

“Pada mereka yang mempunyai kontak rapat dengannya, eloklah melakukan ujian saringan Covid-19.

“Tajuddin memohon maaf di atas sebarang kesulitan dan berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan beliau,” kata kenyataan itu.

Difahamkan, Tajuddin menjadi kontak rapat kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz yang turut disahkan positif Covid-19 dan kini menjalani kuarantin di hospital di Kota Bharu, Kelantan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here