Ketua Pemuda PN cadang MKN lanjut operasi gerai tepi jalan

0
2

KETUA Pemuda Perikatan Nasional (PN), Ir Khairil Nizam Khirudin mencadangkan agar Majlis Keselamatan Negara (MKN) memberi peluang kepada gerai-gerai kecil di tepi jalan untuk berniaga sehingga jam 10 malam.

Katanya, jika prosedur operasi standard (SOP) menjadi kerisauan MKN, pihaknya mengusulkan agar agensi itu menggerakkan tentera untuk memantau pematuhannya oleh peniaga dan pembeli.

“Saya akan mengadakan pertemuan bersama Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Kanan Pertahanan) dalam masa terdekat bagi menyampaikan cadangan ini.

“The struggle is real. Kita perlukan tindakan yang radikal, drastik, dan efektif untuk memulihkan ekonomi rakyat,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Khairil Nizam yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS berkata golongan peniaga terutama anak muda yang berniaga secara membuka gerai antara yang terjejas susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sepanjang tempoh PKP, kebanyakan aktiviti perniagaan hanya boleh beroperasi sehingga jam 8 malam termasuk kedai dan gerai makanan.

“Saya mengambil berat tentang beberapa aduan yang saya terima daripada kalangan anak muda berkenaan isu penutupan gerai tepat pada jam 8 malam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here