Kucing pun termasuk haiwan liar ke?

0
1

TINDAKAN satu pihak berkuasa tempatan (PBT) memasang gegantung bagi mengingatkan orang ramai tidak memberi makan kepada haiwan liar, mendapat kecaman netizen.

Lebih menimbulkan kemarahan orang ramai apabila tertera gambar kucing sebagai antara ‘haiwan liar’ di dalam gegantung tersebut yang dipercayai digantung di lokasi awam oleh Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Perkara tersebut turut dikongsi beberapa laman Facebook berkaitan kucing, termasuk Dunia Kucing Malaysia.

Laman sosial tersebut turut mempersoalkan tindakan PBT terbabit.

“Kucing pun dikategorikan sebagai haiwan liar ye?

“Adakah dengan kata lain kalau tak bagi makanan dekat kucing jalanan, kucing tu akan mati dan tidaklah berlaku ‘peningkatan populasi kucing jalanan’?,” soalnya.

Selain itu, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan menyifatkan peringatan menerusi gegantung itu sebagai ‘angkuh’ dan ‘sombong’.

Antara netizen yang memberi pendapat ialah Mosses Jaraw yang berkata: “Dia ingat bumi ni dicipta hanya dia saja yang layak duduk. Sejarah telah membuktikan manusia yang angkuh..bongkak akan dibinasakan.

“Semoga manusia yang buat kain rentang tersebut cepat la bertaubat. Firaun pun sayangkan binatang seperti kucing..tapi manusia yang buat kain rentang kamu golongan dajal yg lahir zahir rupa bentuk manusia..,” perlinya.

Norsemwan Simni pula meminta pihak terbabit terlebih dahulu memikirkan kesan terhadap haiwan berkenaan.

“Kucing merupakan haiwan domestik dan sifatnya manja, jadi masalah takut naluri memburu dia hilang.

“Buat keputusan biar terdidik. Tak semua spesies binatang yang terkesan dengan pemberian makanan oleh manusia,” katanya.

Man Man pula menyoal pihak terbabit yang dianggap tidak berhati perut dan tergamak melakukan tindakan sedemikian kepada haiwan berkenaan.

“Nak buat amal dan bersedekah pun dilarang dah tentu-tentu Rasulullah saw cakap, barangsiapa yang memberi makan kepada mahluk yang ada perut, itu dikira sedekah.

“Memang bodoh la orang-orang tu semua, tak belajar agama dan tak tau hukum.

“Korang tu sape yang bg makan?? Sedar diri la wahai manusia bongkar, korang tu semua Allah yang jadikan, hamba Allah juga!,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here