MKN nafi laksana PKP di Kedah esok

0
3

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) menafikan dakwaan mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kedah bermula esok sehingga 31 Januari ini, seperti yang tular di media sosial.

Pemakluman berita palsu itu dikeluarkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia, pada jam 11 malam tadi.

Sehubungan itu, MKN meminta orang ramai untuk tidak menularkan maklumat tidak sahih, yang boleh menimbulkan kekeliruan dan kegusaran awam.

Berita palsu itu memaklumkan MKN membuat keputusan itu selepas Kedah mencatatkan bilangan 80 hingga 1,000 kes positif Covid-19 sehari secara purata.

Malah, berita palsu itu juga mendakwa 90 peratus kawasan di Kedah kini adalah zon merah dan jingga. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here