RON95, RON97 naik lima sen

0
2

HARGA runcit petrol RON95 naik lima sen kepada RM1.89 seliter berbanding RM1.84 bagi tempoh mulai esok sehingga 22 Januari depan.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan turut memaklumkan harga RON97 juga naik lima sen daripada RM2.14 kepada RM2.19 seliter.

“Harga runcit diesel pula naik tiga sen iaitu daripada RM2.02 seliter kepada RM2.05 seliter,” maklum kenyataan tersebut.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here