Muhammad Mustakim Ramli
KERAJAAN membenarkan pelajar ke sekolah dengan berambut panjang susulan operasi kedai gunting rambut tidak dibenarkan pada ketika ini.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perbincangan bersama Kementerian Pendidikan dalam mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) membenarkan pelajar berambut panjang ke sekolah tanpa dikenakan tindakan.
“Sebelum ini ada soalan berkaitan ini bagaimana pelajar yang akan menduduki SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) jika berambut panjang kerana peraturan di sekolah perlu berambut pendek.
“Jadi Kementerian Pendidikan membuat keputusan membenarkan mereka ke sekolah tanpa dikenakan tindakan oleh guru kerana kedai gunting rambut masih belum dibenarkan beroperasi,” katanya menerusi sidang media, hari ini.
Sementara itu, mengenai swab test kemasukan pelajar, Ismail Sabri berkata Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan sekolah tidak boleh mengenakan syarat kepada pelajar untuk menjalani swab test sama ada bagi memasuki asrama atau untuk menduduki peperiksaan kecuali bagi pelajar yang bergejala sahaja.
Katanya, sidang khas membuat keputusan tidak boleh mengenakan syarat kepada pelajar untuk menjalani swab test itu susulan terdapat aduan berkenaan IPT dan sekolah di beberapa negeri yang mengenakan syarat kepada pelajar supaya membuat swab test sebelum masuk ke asrama untuk menduduki peperiksaan dengan kos ditanggung sendiri.-Malaysiapost


Seluruh pelajar di malaysia ke boleh berambut panjang ke sekolah?
Kalau berjambang jugak kan