VOKALIS Drama Band, Aepul Roza disahkan positif Covid-19.
Menerusi laman Instagramnya, Aepul turut berkongsi keputusan ujian calitan yang dijalani.
Aepul atau nama sebenarnya Noor Syaiful Mohd Zalaludin, 33, menerusi InstaStory memaklumkan dia disahkan positif selepas menjalani ujian calitan buat kali kedua di sebuah klinik swasta di Bangi, Selangor semalam.
“Assalamualaikum, dukacita dimaklumkan ujian kali kedua membawa keputusan positif.
“Isteri saya (Leez Rosli) negatif.
“Saya sudah mula jalani kuarantin kendiri sejak beberapa hari lepas dan menanti prosedur operasi standard (SOP) daripada Kementerian Kesihatan seterusnya. Doakan kami sekeluarga,” tulisnya.
Dalam hantaran sama, Aepul juga menegaskan tidak akan menerima sebarang panggilan telefon daripada mana-mana pihak dalam masa terdekat ini.
Sebelum ini, beberapa selebriti tanah air antaranya Ashraf Muslim, Puteri Aishah, Alif Satar, Harris Anuar, Shima Anuar dan yang terbaharu Emma Maembong dan suaminya turut disahkan positif Covid-19. -Malaysiapost

