Emma Maembong, suami positif Covid-19

0
1

PELAKON Emma Maembong dan suami, Muhammad Shazli Azhar disahkan positif Covid-19.

Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail, 29, memaklumkan perkara itu melalui video yang dimuat naik di Instagram (IG), semalam.

Bagaimanapun, ujian saringan terhadap cahaya mata kesayangan pasangan itu, Shariq Gabriel berusia tiga bulan itu tidak dijangkiti Covid-19.

Emma turut berkongsi video berdurasi 41 saat yang menunjukkan pelakon itu melakukan ujian calitan di kediamannya.

“Buat ujian calitan di rumah bersama @kumpulan_megaklinik_zahran. Bagus dan sangat profesional.

“Mereka boleh datang ke rumah dan melakukan ujian itu. Terima kasih juga kerana menyalurkan maklumat yang kami perlukan.

“Saya tidak menunjukkan sebarang simptom tetapi keputusan ujian adalah positif.

“Walaupun rasa sihat, saya sarankan buat pemeriksaan kerana kita tidak tahu apakah dijangkiti atau tidak.

“Jaga diri dan patuh prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Sementara itu, Muhammad Shazli yang juga juruterbang, memaklumkan dirinya positif Covid-19 melalui IG dan bersyukur kesihatannya semakin pulih.

“Hasil ujian menunjukkan saya positif. Bagaimanapun, Alhamdulillah, keadaan bertambah baik. Jaga keselamatan dan patuhi SOP,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here