Kerajaan percepat bayaran fasa kedua BPN 2.0

0
2

BAYARAN fasa kedua Bantuan Prihatin Nasional 2.0 (BPN 2.0) akan dipercepatkan dengan bayaran paling awal pada 21 Januari ini, kata Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Menerusi kenyataan, beliau berkata, berikutan pelaksanaan pelbagai jenis sekatan pergerakan, Kementerian Kewangan akan mempercepat bayaran fasa kedua BPN 2.0 kepada 11.06 juta penerima merangkumi 10.6 juta penerima BPN sedia ada, serta 460,000 penerima baharu.

“Penerima baharu itu adalah permohonan yang diluluskan pada tempoh permohonan/rayuan dibuka pada 15 Oktober hingga 15 November lalu.

“Semakan kelulusan boleh dibuat mulai 15 Januari 2021 di portal rasmi BPN iaitu https://bpn.hasil.gov.my,” katanya.

Untuk golongan B40, bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank pada 21 Januari ini, diikuti M40 pada 25 Januari.

Bagi penerima tanpa akaun, bayaran akan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) pada 25 Januari.

Bagi penerima di Sabah dan Sarawak tanpa akaun bank, bayaran akan diterima mulai awal bulan Februari sehingga 1 April 2021 di lokasi yang bakal diumumkan pada akhir Januari. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here