39 sekatan jalan raya di KL, Putrajaya

0
1

POLIS Kuala Lumpur melaksanakan 39 sekatan jalan raya (SJR) di seluruh ibu negara dan Putrajaya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berkuat kuasa tengah malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin, berkata 37 pasukan pemantauan bertugas di enam Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) iaitu Dang Wangi, Cheras, Wangsa Maju, Brickfields, Sentul dan Putrajaya.

“Setakat ini, seramai 1,291 anggota yang terbabit dalam penugasan SJR dan tugas pemantauan berkenaan.

“Bagaimanapun, jumlah SJR serta keanggotaan mungkin bertambah dari semasa ke semasa bergantung keperluan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.

Saiful Azly berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

“Kita sebagai penguatkuasa akan melaksanakan undang-undang yang diperuntukkan bagi mengambil tindakan terhadap individu yang ingkar mematuhi SOP ditetapkan pihak berkuasa.

“Justeru, saya menasihatkan orang ramai supaya mematuhi arahan sepanjang tempoh PKP ini,” katanya.

Mengenai kebenaran rentas negeri, beliau berkata, orang ramai boleh membuat permohonan itu di mana-mana balai polis berhampiran.

“Permohonan itu tidak semestinya dibuat di balai polis berhampiran alamat tempat mereka bermaustautin tetapi orang ramai juga boleh memohon di lokasi mereka berada (seperti tempat kerja),” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here