Waspada penipuan salah guna nama Petronas Mesra Bonanza

0
1

PETRONAS memberi peringatan kepada orang ramai agar tidak terpedaya dengan penipuan melibatkan penyalahgunaan nama syarikat dan kempen, Petronas Mesra Bonanza, yang kini tular di laman sosial.

Menerusi laporan portal Sebenarnya.my, modus operandi penipuan tersebut kononnya penerima emel telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 daripada Petronas Mesra Bonanza 2021.

Sementara itu, kandungan emel berkenaan menyatakan kononnya ia telah mendapat kelulusan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengaburi bahawa ia bukan satu penipuan.

Pihak Petronas dalam kenyataan menegaskan bahawa syarikat itu tiada sebarang kaitan dengan promosi tersebut.

“Petronas menegaskan kepada orang ramai supaya mengabaikan penipuan sebegini dan menekankan bahawa pihak Petronas atau mana-mana anak syarikat tidak terlibat/ tiada kaitan dengan promosi tersebut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here