Ringgit ditutup rendah susulan darurat

0
2
A customer counts ringgit bills in denominations of 1, 50 and 100 at the service window of a money changer in Kuala Lumpur, 22 July 2005. The Malaysian ringgit was appreciating gradually in cautious trade 22 July after the Malaysian central bank responded to China's yuan revaluation by scrapping the dollar peg in favour of a managed float. AFP PHOTO/TENGKU BAHAR

RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para pelabur masih tidak pasti berhubung pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan pengisytiharan darurat.

Pada jam 6 petang ini, ringgit susut 70 mata asas untuk ditutup kepada 4.0550/0600 daripada 4.0480/0530 berbanding dolar AS.

“Ianya berkisar mengenai ketidakpastian berhubung PKP dan darurat,” kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid seperti dilaporkan Bernama.

Bagaimanapun, beliau percaya pengedaran vaksin pada Februari ini akan memberi keyakinan pada masa hadapan.

“Namun, ia akan mengambil sedikit masa kerana vaksinasi kepada keseluruhan masyarakat hanya boleh dicapai kemungkinan paling awal pada suku ketiga atau keempat 2021,” katanya.

Berhubung dagangan hari ini, Mohd Afzanizam berkata dagangan ringgit berbanding dolar tidak menentu pada sesi pagi dengan unit tempatan susut ke paras RM4.0755 apabila pasaran mula mencerna pengumuman darurat.

Bagaimanapun, katanya, pada sesi tengah hari keadaan kembali stabil.

“Barangkali, disebabkan keadaan lebih jelas bahawa sektor ekonomi akan berfungsi seperti biasa semasa darurat dan tidak ada perintah berkurung, membayangkan akan ada pergerakan manusia berdasarkan kepada apa yang dinyatakan dalam pengumuman semalam,” katanya.

Mohd Afzanizam percaya ringgit berbanding dolar AS akan kekal didagangkan dalam dagangan jajajaran kecil dalam tempoh terdekat ini.

Pada penutup, ringgit juga diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0535/0575 daripada 3.0436/0478 pada Isnin dan susut berbanding yen kepada 3.8927/8978 daripada 3.8882/8934.

Berbanding pound Britain, ringgit jatuh kepada 5.5156/5236 daripada 5.4616/4687 dan susut berbanding euro kepada 4.9313/9378 daripada 4.9236/9309 sebelumnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here