‘Pakcik menyesal tak pakai mask’ – Pesakit Covid-19

0
2

“PAKCIK menyesal tak pakai mask. Pakcik ingat macam selsema biasa ja. Rupanya begini bahaya ya,” luah pesakit Covid-19 kepada seorang doktor.

“Demi Allah. Pakcik mengaku, pakcik salah. Sebelum ini tak percaya doktor,” lelaki yang berusia lebih separuh abad itu meluahkan perasaanya dengan penuh kekesalan.

Kisah penyesalan pakcik ini adalah antara 1001 kisah pesakit Covid-19 yang dikongsikan oleh seorang doktor yang bernama Ahmad Zakimi Abdullah.

Menerusi hantaran Facebook miliknya, beliau berkata, masih ramai lagi rakyat Malaysia tidak percaya dan mengambil mudah ancaman wabak pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia ketika ini.

“Itulah satu pengakuan dari pesakit Covid-19 aku sendiri. Mata kepala telinga aku sendiri mendengar keluhan hatinya.

“Namun ada di luar sana masih mengatakan Covid-19 ini konspirasilah, iluminatilah, plandemiklah, macam selsema biasalah,” luah Doktor itu.

Menurut doktor yang lebih mesra dipanggil Dr Zek itu, pakcik ini telah mengalami kesukaran bernafas, keadaannya seperti dahagakan gas oksigen namun tetap bersemangat untuk berbual dengannya.

“Sambil aku memeriksa keadaan pakcik, terus pakcik berkata “doktor nak tahu cerita?”

“Boleh pakcik” walaupun pendengaran aku kurang jelas dalam PPE penuh sambil membuat pemeriksaan rapi keatas pakcik.

“Asalnya pakcik tak percaya Covid ni tau. Sebab ada orang kata Covid ni iluminati lah, tak wujud lah, konspirasi lah. Pakcik ambil lewa je laa.”

“Covid ni betul pakcik. Takpe pakcik. Pakcik jangan cakap banyak sangat nanti susah nafas. Hmm,” jawab Dr Zek.

Kata Dr Zek lagi, meskipun mengetahui risiko jangkitan Covid-19, beliau tidak mudah lemah semangat, sebaliknya tampil berani dan fokus menunaikan tanggungjawabnya merawat pesakit-pasakit Covid-19 ini.

“Pakcik ini seorang pesakit positif ujian Covid-19. Aku terpaksa masuk dalam bilik dekontaminasi/isolasi untuk memeriksa pakcik sama ada memerlukan bantuan pernafasan atau tidak. Pakcik didiagnoskan Covid-19 tahap 4-5.

“Setiap kali aku berkelengkapan dengan PPE penuh, namun hati ini tetap kurang senang. Yalah, kita berdepan dengan satu virus Covid-19 seolah-olah halimunan.

“Hati ini mesti berdebar-debar. Inikan pula berdepan dengan pesakit sah positif Covid-19 yang sedang bertarung nyawa. Tipulah jika kata aku tak takut. Demi Allah aku takut,” katanya.

Apa yang dikesalkan, Dr Zek berkata, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang bersikap seperti pakcik ini, culas dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang jangkitan pandemik ini.

“Demi Allah aku yang sering berdepan dengan Covid-19 tahu apa sebenarnya dan aku pasti mereka yang menafikan pandemik Covid-19 tak pernah berdepan dengan pesakit Covid-19.

“Nanti apa-apa doktor bagitau orang lain semua percayalah Covid ni pastu suruh pakai mask ye doktor, kata Pakcik itu.

“Ya, pakcik. Aku akan sampaikan kepada seluruhnya. Hatiku sayu,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here