SEBANYAK 97 peratus responden di Facebook Public Health Malaysia mahu kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ia susulan lonjakan kes positif Covid-19 yang mencecah lebih 3,000 kes semalam iaitu jumlah kes harian tertinggi yang dicatatkan di negara ini.
Public Health Malaysia turut berkongsi maklum balas warganet terhadap desakan mahu PKP dilaksanakan.
Antaranya, kata seorang netizen, “Dengan keadaan yang sangat kritikal ketika ini di mana sistem kesihatan telah terbeban, dan kita tidak menunjukkan tanda pulih sejak PRN Sabah, PKP mungkin langkah terbaik ketika ini”
Namun ada juga berpendapat berbeza iaitu “Tidak setuju. Kami baru sahaja dapat kerja. Jika kerajaan laksanakan PKP, mohon berikan bantuan kewangan setiap bulan kepada rakyat”
Ada yang menyatakan pendapat agar PKP dilaksanakan secara bersasar seperti PKP bersasar kat red zon sahaja”. Dan ada pula membalas mesej tersebut dengan “beramai-ramailah lari dari zon merah masuk ke hijau”,” kata warga net kepada Public Health Malaysia.
Berdasarkan undian itu ia secara jelas kebanyakan rakyat telah bersetuju dan bersedia untuk PKP jika kerajaan laksanakan juga dalam masa terdekat.
Ini juga menunjukkan pendapat perlunya kerajaan melakukan tindakan yang lebih besar impaknya untuk memulihkan situasi pandemik ketika ini.
Difahamkan jumlah undian itu dijalankan membabitkan lebih 13,000 responden. -Malaysiapost

