Bekas Ketua Pemuda Ummo itu berkata, kenyataan Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) berhubung isu sokongan terhadap Bersatu berkaitan keengganan gugur kes mahkamah pemimpin tertentu, menunjukkan tahap pemikiran yang sempit.

“Kenyataan tersebut kerana kerajaan ini (PN) tidak mahu campur tangan dalam kes mahkamah, itu pemikiran yang goreng pisang (tahap pemikiran) lah. Dulu lobak merah, sekarang ‘pisang goreng’.
“Tiada alasan yang berkualiti (kukuh),” katanya seperti dilapor Astro Awani.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahmad mendakwa salah satu sebab utama Umno tidak puas hati dengan Perikatan Nasional (PN) adalah kerana tindakan PN untuk meneruskan kes mahkamah terhadap parti tersebut dan para pemimpinnya.
Ahli Parlimen Pontian itu berkata, tindakan PN meneruskan ‘kezaliman’ kerajaan terdahulu sebagai tidak wajar, dan menimbulkan tidak puas hati dalam kalangan ahli Umno. -Malaysiapost

