MALAYSIA mencatat kes harian Covid-19 paling tinggi dengan 3,027 jangkitan baharu direkodkan hari ini.
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), pertambahan itu menjadikan jumlah kumulatif kes mencecah 128,465 jangkitan dengan 25,221 kes aktif.
“Daripada jumlah itu, 3,021 adalah kes penularan tempatan, manakala enam lagi adalah kes import.
“Terdapat 142 kes yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), manakala 63 kes lagi menggunakan bantuan alat pernafasan,” menurut kenyataan KKM di Facebook.
Kes kematian meningkat hari ini kepada lapan orang dan menjadikan jumlah kumulatifnya kepada 521 kes setakat ini.
Manakala kes sembuh yang dilaporkan hari ini adalah sebanyak 2,145 kes.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit yang sembuh bertambah kepada 102,723 orang di seluruh negara. -Malaysiapost

