KKM jangka jangkitan Covid-19 cecah 8,000 kes sehari Mei ini

0
1

Nurul Huda Abhar

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia melalui unjuran kes positif Covid-19 yang dibuat menjangkakan peningkatan hingga 8,000 kes Covid-19 dalam sehari akan dicatatkan sehingga Mei 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di Facebook berkata, jangkaan tersebut di ambil daripada 4 Januari sehingga 31 Mei 2021 dengan Ro/Rt pada 1.1 dan 1.2.

“Perhatian kepada kes harian Covid-19 dan jangkaan unjuran kes dari 4 Januari sehingga 31 Mei 2021 dengan kadar kebolehjangkitan Ro/Rt pada 1.1 dan 1.2 di Malaysia,” tulisnya hari ini.

Menerusi graf unjuran tersebut, jangkaan peningkatan 3,000 kes sehari pada minggu kedua bulan Febuari dan terus meningkat menjadi 5,000 kes sehari dalam minggu kedua bulan April.

Seterusnya, jangkaan peningkatan mendadak pada April minggu keempat di mana kes harian mencapai 8,000 kes sehari.

Hari ini, kes positif Covid-19 sehingga jam 12 tengah hari mencatatkan peningkatan sebanyak 3,027 kes dan menjadikan ia kes paling tinggi yang pernah direkodkan di Malaysia.

Semalam, Dr Noor Hisham melalui sidang media menyatakan Pusat Kuarantin dan Rawatan berisiko Rendah (PKRC) hampir penuh berikutan peningkatan kes yang tinggi.

Juga dimaklumkan terdapat kelewatan daripada petugas KKM untuk mengambil pesakit Covid-19 ke PKRC kerana kekangan jumlah kakitangan dan tempat kuarantin.

Dr Noor Hisham sebelum ini pernah memaklumkan PKRC yang disediakan boleh menampung sebanyak 23,000 kes positif Covid-19 dalam satu masa, dan terkini jumlah kes aktif hari ini telah mencecah 25,000 kes. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here