Siti Nurhaliza agih selori bantuan untuk mangsa banjir di Lipis

0
2

PENYANYI tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut menyampaikan sumbangan bagi mangsa banjir di kampung halamannya di Pahang melalui wakilnya dari Kuala Lumpur.

Meskipun dirinya tidak mampu untuk turut sama dalam mengagihkan sumbangan tersebut, Siti masih menyuarakan rasa sedih dan bimbang di atas bencana banjir yang belaku,

Perkongsian Siti di laman Instagram (IG)nya, beliau berkata, sumbangan tersebut telah disediakan di Kuala Lumpur sebelum dihantar ke Pahang.

“Bekalan barangan keperluan dihantar dari Kuala Lumpur kerana beberapa hari ini sukar mendapatkan bekalan yang cukup dari daerah sekitar di Pahang yang mengalami banjir.

“Semoga perjalanan team kami ke sana dipermudahkan Allah, fasa pertama dan moga dilapangkan tersu rezeki untuk fasa seterusnya,” tulisnya semalam.

Siti juga menzahirkan rasa sedih kerana tidak dapat turun padang untuk membantu dan terdapat beberapa pihak bertanya mengapa beliau tidak berbuat apa-apa untuk membantu mangsa banjir.

“Saya tidak dapat turun padang dan melihat sendiri kesukaran di Lipis khususnya, bukan tidak mahu tetapi keadaan saya tak mengizinkan.

“Meskipun ramai yang bertanya, apakah saya tidak berbuat apa-apa? Allah, tubuh saya mungkin tidak berada di sana tetapi doa dan juga usaha saya, usaha kalian semuanya sampai ke sana.

“Moga dipermudahkan buat kita semua,” ujarnya lagi.

Turut dikongsi rakaman video wakilnya dan sukarelawan sedang memasukkan baranggan bantuan ke dalam lori untuk dihantar ke Pahang.

Pelantun lagu 7 Nasihat itu kini sedang hamil anak kedua dan mengumumkan bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here