MN selesai bahagi separuh kerusi PRU-15 – Sanusi

0
3

PENGARAH Pilihan Raya PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor mengesahkan Muafakat Nasional (MN) sudah selesai membahagikan separuh kerusi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bagi memastikan tiada pertembungan di antara calon parti itu dan Umno.

Sanusi yang juga Menteri Besar Kedah, berkata pembahagian kerusi dalam MN berdasarkan kerusi yang dimenangi PAS atau Umno pada PRU-14 dengan prinsipnya ialah jika kerusi terbabit dimenangi Umno yang menang sebelum ini, PAS tidak akan meletak calonnya dan begitu sebaliknya kepada Umno.

“Disiplin PAS amat tinggi dan kita tak ada masalah bab itu dan saya ingat parti lain sama juga.

“Jika calon sebelum ini lompat parti, itu dikira rundingan lain dan ia terpulang kepada parti masing-masing untuk letak calon lain atau sebagainya,” katanya seperti dilapor BH.

Muhammad Sanusi berkata, gesaan akar umbi Umno dalam mesyuarat bahagian sebelum ini seperti enggan bekerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak akan menjejaskan usaha memastikan pertandingan dua penjuru pada PRU-15.

Beliau berkata, masalah di antara parti akan berlalu dan akhirnya gabungan MN dan Perikatan Nasional (PN) akan bertanding satu lawan satu menghadapi Pakatan Harapan (PH).

“Selepas ini, kita jangka keadaan akan kembali pulih. Umpama ribut dalam cawan, lama-lama ia akan habis juga,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here