Ebit Lew kagumi peribadi Tengku Hassanal bantu mangsa banjir

0
1

PENDAKWAH bebas, Ebit Lew mengakui teruja melihat kerendahan hati Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang turun padang membantu mangsa banjir baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Ebit yang terkenal dengan sifat dermawan berkongsi pengalamannya bersama perwaris takhta Sultan Pahang itu dalam misi bantuan kepada mangsa banjir di Pahang.

Sambil memanjatkan kesyukuran, Ebit berkata, perasaannya tersentuh menjadi sebak dan sayu melihat kesungguhan Tengku Hassanal membantu rakyat di negeri Pahang yang terkesan teruk akibat banjir.

“Setiap hari melawat kawasan banjir. Memberi wang tunai. Sehari lebih kurang RM500,000 tunai diberikan pada keluarga dan anak-anak di sana.

“Semalam makan bersama Tuanku. Tuanku rasa sedih risau sangat. Sampai tengah malam bincang bersama keadaan orang Pahang, Allahuakbar. Sedih berat ujian,” katanya.

Menurut Ebit, setiap hari Tengku Hassanal akan keluar awal pagi sehingga tengah malam dalam misi memberi bantuan kepada mangsa banjir.

“Sampai lebih 20 pusat bantuan sehari. Penat tu. Seharian. Subhanallah. Rendah diri sangat dan baik sangat Tuanku. Saya rasa kagum dengan tuanku. Malu rasa saya dengan layanan Tuanku,” katanya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here