ROS tolak pendataran Muda sehari selepas pembongkaran skandal Tajuddin

0
2

PARTI Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mengesahkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menolak permohonan pendaftaran parti itu menerusi e-mel, semalam.

Menerusi kenyataan, Muda memaklumkan ROS tidak menyatakan sebab mengapa permohonan mereka sejak empat bulan lalu itu ditolak.

“Muda kecewa dengan penolakan ROS, Di pihak Muda, kami memberi kerjasama penuh kepada ROS dan mematuhi segala syarat untuk pendaftaran. Jadi tiada sebab kukuh untuk ROS menolak pendaftaran Muda.

“Kebebasan berpersatuan dan hak untuk mengambil bahagian dalam proses demokratik negara adalah hak setiap warganegara Malaysia yang termaktub dalam perlembagaan tetapi dinafikan kerajaan,” katanya.

Kenyataan itu juga mendakwa, ia adalah usaha jahat Kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk menghalang parti itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Kita menuntut bahawa kerajaan ini bertanding dalam pilihanraya akan datang dengan adil, tulus dan bersih dan tidak menggunakan taktik licik dan kotor.

“Penolakan Muda ini juga datang sehari selepas pembongkaran skandal keluarga Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkait projek LRT Dang Wangi,” katanya.

Muda juga menegaskan pihaknya akan membawa kes penolakan pendaftaran parti itu ke mahkamah.

Terdahulu, ROS dilaporkan menolak pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menerusi laporan media, ROS menghantar surat menolak pendaftaran parti yang ditunjangi bekas Perdana Menteri itu semalam.

Perkara itu disahkan oleh peguam Pejuang, Muhammad Rafique Rashid Ali yang mengatakan bahawa mereka menerima surat dari ROS pada jam 5.45 petang semalam. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here