SEORANG nenek berusia 84 tahun dianggap ‘bertuah’ kerana berjaya menambat hati jejaka 45 tahun lebih muda daripadanya untuk menjadi kekasih.
Ternyata, usia bukan penghalang buat Iris Jones, 81 dan kekasihnya, Mohamed Ahmed Ibriham, 36, untuk menjadi pasangan romantik.
Pasangan itu yang dilaporkan pernah sama-sama menetap di Mesir menjadi viral selepas kisah mereka tersebar di media.
Iris yang berasal dari United Kingdom (UK) berkata, beliau tidak pernah terfikir untuk menjalinkan cinta pada usia emas.
“Tak pernah terfikir yang saya akan bercinta pada usia ini iaitu jatuh cinta pada seseorang yang separuh dari usia saya.
“Namun, kita tidak boleh menolak dengan siapa kita akan jatuh cinta,” katanya seperti dilaporkan Dailystar.
Namun, Iris menjelaskan dia kini terpaksa berjauhan sementara dengan kekasihnya yang menetap di Mesir, kerana Covid-19.
Katanya, perpisahan itu membuatkan dirinya tertekan dan sunyi kerana terpaksa berjauhan dengan kekasih hati.
“Namun, kami sentiasa berhubung setiap hari bagi mengubati kerinduan dan masih menjadi pasangan kekasih hingga hari ini,” katanya. -Malaysiapost

