‘Apa Umno inginkan?’ soal Hishammuddin

0
3

APA yang Umno inginkan?, soal Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau memaklumkan mengikuti rapat perkembangan yang sedang berlaku di dalam parti itu, serta sedia melepaskan jawatan sekiranya parti memutuskan semua Menteri Umno perlu meletakan jawatan.

Katanya, namun dalam menentukan kerjasama politik, Umno harus mempunyai hala tuju, objektif dan sebab yang jelas dalam merancang jalan kehadapan parti dan pertimbangan yang dibuat jangan bersandarkan emosi serta kesan jangka masa pendek.

“Ini adalah kerana keputusan yang bakal dibuat parti akan menentukan jatuh bangunnya Umno, memberi kesan kepada nilai dan asas perjuangan Umno dan juga kedudukan Umno dalam pilihan raya yang akan datang.

“Jika parti berkeputusan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu, parti harus putuskan dengan siapa Umno akan bekerjasama menjelang PRU15. Adakah dengan DAP? adakah dengan PKR? atau bersendirian?

“Perancangan kerjasama politik Umno harus dibuat dengan teliti kerana pilihanraya bukannya esok. Umno mesti lakukannya dengan penuh tanggungjawab dan kebijaksanaan,” katanya menerusi kenyataan.

Hishammuddin berkata Umno seharusnya mengambil ikhtibar dengan PRU-14, di mana hilang banyak kerusi.

Katanya, dalam situasi Covid-19 dengan rakyat terkesan kian meningkat, Umno seharusnya membuktikan kepada rakyat bahawa pemimpinnya prihatin, berkemampuan dan bersungguhsungguh untuk mengurus krisis dan menitikberatkan kepentingan rakyat.

“Kita sepatutnya komited dalam usaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

“Pada hemat saya inilah harapan rakyat di bawah kepada pemimpin Umno. Bukan berpolitik merebut kuasa yang tiada kesudahan. Akhirnya rakyat mual dan hilang keyakinan.

“Kepada ahli Majlis Kerja Tertinggi yang akan bermesyuarat pada malam ini, biar ahli parti dan rakyat jelas apa sebenarnya Umno inginkan. Putuskanlah yang terbaik,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here