Permaisuri Agong ‘singsing lengan’ sedia makanan pada mangsa banjir

0
1

SUDAH menjadi kelaziman bagi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ‘menyingsing lengan baju’ menyediakan makanan kepada mangsa banjir di negeri Pahang.

Menerusi video yang dimuat naik di Facebook rasmi Istana Negara, Raja Permaisuri Agong hari ini telah berkenan berangkat ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Seri Damai, Kuantan dan meluangkan masa memasak bersama para petugas di PPS tersebut.

“Sentuhan air tangan Raja Permaisuri Agong ini mencerminkan keperibadian dan keprihatinan tinggi Seri Paduka Baginda terhadap mangsa banjir dan golongan yang memerlukan bantuan.

“Seramai 128 orang daripada 49 keluarga telah dipindahkan di PPS ini setelah kediaman mereka dilanda banjir akibat hujan berterusan sejak hari Sabtu lalu,” tulis kenyataan itu hari ini.

Sementara itu, kenyataan itu juga berkata Raja Permaisuri Agong mengajak seluruh rakyat bersama baginda mendoakan agar bencana banjir yang melanda beberapa negeri pada ketika ini tidak berpanjangan sehingga mengorbankan nyawa dan harta benda.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memandu sendiri meredah banjir di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) untuk melawat mangsa banjir di sekitar bandar Maran, Pahang.

Menerusi perkongsian di FB yang sama, baginda bersama Raja Permaisuri Agong berkenan mengadakan lawatan mengejut ke Maran bagi mengurniakan sumbangan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) sekitar Maran. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here