Najib ‘kurang senang’ sidang media Annuar

0
1

BEKAS Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak ‘kurang senang’ dengan tindakan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Tan Sri Annuar Musa yang mengadakan sidang media hari ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, Umno adalah parti yang meletakkan suara akar umbi pada tempat paling utama.

“Jika tak puas hati sebab kena pecat atau tidak bersetuju dengan suara-suara akar umbi serta hampir keseluruhan ketua bahagian Umno yang menolak Bersatu, janganlah buat sidang media khusus untuk tuduh macam-macam untuk mengeruhkan keadaan.

“Kenapa pula Umno nak bekerjasama dengan DAP jika majoriti akar umbi serta ketua bahagian menolak DAP?,” katanya.

Terdahulu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh mengadakan sidang media khas berikutan pengguguran jawatannya sebagai Setiausaha Agung BN. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here