Covid-19: 2,027 kes baharu, lapan kematian hari ini

0
2

Nurul Huda Abhar

SEBANYAK 2,027 kes harian baharu direkodkan hari ini, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 122,845 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah kes baharu berkenaan terdapat 16 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah sebanyak 2,011 kes.

“Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 509 kes (25.1 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 338 kes (66.4 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

“Ini diikuti oleh Johor sebanyak 428 kes (21.1 peratus) dan Sabah sebanyak 383 kes (18.9 peratus),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, sebanyak 111 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen, dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (64 kes), Kluster Tembok Gajah (43 kes), Kluster Tembok Choh (2 kes), dan Kluster Penjara Kepayan (2 kes).

“Dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan lapan (8) kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 509 kes,” katanya.

Beliau berkata, sehingga kini terdapat 123 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 52 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here