Nurul Huda Abhar
KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat 11 kluster baharu yang telah dikenal pasti hari ini, sementara jumlah kluster aktif yang dipantau adalah sebanyak 242 kluster.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat daripada keseluruhan 11 kluster baharu itu melibatkan daerah di negeri Selangor.
- Kluster Jalan Playar
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula 11 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah kilang.
Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 180 individu telah disaring, di mana 68 kestelah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Sri Suria
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 5 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah kilang.
Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 258 individu telah disaring, di mana 16 kestelah dikesan positif Covid -19 dalam kluster ini.
- Kluster Tapak Bina Bukit Semenyih
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 3 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan.
Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 371 individu telah disaring, di mana 17 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Bukit Angkat
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 1 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah syarikat.
Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 83 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Parit Jamil
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Muar di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-108188) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala.
Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 612 individu telah disaring, di mana 62 kestelah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Tombovo
Kluster ini melibatkan daerah Putatan di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-117629) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 3 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 97 individu telah disaring, di mana 18 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Tapak Bina Jalan Desa
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 5 Januari 2021 melalui saringan bersasar di sebuah tapak binaan. Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 800 individu telah disaring, di mana 116 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini. - Kluster Jalan Raja
Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Cheras, Titiwangasa dan Kepong di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes bagi kluster ini telah dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 19 Disember 2020 melalui saringan bersasar di sebuah pusat membeli-belah.
Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 125 individu telah disaring, di mana 25 kestelah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Langit Selatan
Kluster ini melibatkan daerah Kuantan di Pahang. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-112707) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala.
Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 43 individu telah disaring, di mana sembilan (9) kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Bah Sayap
Kluster ini melibatkan daerah Miri di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-112711) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 31 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala.
Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana lima (5) kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
- Kluster Mengkuang
Kluster ini melibatkan daerah Marang dan Kuala Nerus di Terengganu. Kes indeksbagi kluster ini (iaitu kes ke-115063) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 1 Januari 2021 hasil saringan individu bergejala.
Sehingga 5 Januari 2021, sejumlah 150 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini.
-Malaysiapost

