Rabih Ataya sertai KDA FC

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

BEKAS pemain import UiTM FC, Rabih Ataya sah menyertai Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bagi saingan Liga Malaysia musim 2021.

Kehadiran tonggak kebangsaan Lebanon bagi menggantikan Amin Nazari itu disahkan KDA FC menerusi Facebook rasmi pasukan hijau kuning itu, sebentar tadi.

“Selamat datang Rabih Ataya ke Kedah Darul Aman FC! Pemain yang beraksi untuk pasukan UiTM FC musim lepas akan beraksi di posisi tengah pasukan Hijau Kuning musim 2021.

“KDA FC telah menandatangani kontrak Rabih Ataya secara pinjaman dari Al-Ahed FC (Lebanon) selama setahun,” kata pasukan berkenaan.

Kelincahan pemain berusia 31 tahun itu memikat banyak pasukan namun Kedah menjadi destinasi pilihan pada musim 2021.

Malah, pengalaman Rabih Ataya beraksi di pentas akhir Piala AFC 2019 dan menjuarai edisi musim berkenaan bersama Al Ahed FC amat penting bagi Kedah.

Ini susulan Kedah bakal mewakili negara beraksi di pentas AFC pada musim ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here