LEBIH 140 bahagian Umno seluruh negara menolak kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang, menurut Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno, Datuk Aziz Kaprawi.
Menurut Aziz, antara sebeb utama kebanyakkan bahagian-bahagian Umno menolak kerjasama tersebut disebabkan parti y tidayang diasaskan oleh Tun Dr Mahathir itu tidak ikhlas dan jujur dalam menjalinkan kerjasama politik bersama Umno dan PAS.
“Laungan Penyatuan Ummah oleh pemimpin Bersatu hanya bersifat retorik dan sebagai alasan untuk meneruskan kerjasama yang berat sebelah,
“Mereka (Bersatu) juga banyak menekan Umno sebagai parti yang banyak menyumbangkan kerusi majoriti terhadap pembentukan kerajaan ketika ini”, katanya dalam satu hantaran di Facebook.
Tambah Aziz, penubuhan awal Bersatu pada dasarnya hendak menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional ketika itu. Mereka juga sanggup bersekongkol dengan DAP, PKR pada PRU-14 lepas.
Malah katanya, Bersatu telah berkongsi ‘dosa’ ketika mentadbir negara bersama Pakatan Harapan (PH) dengan pelbagai isu yang sehingga kini masih belum mendapat keadilan yang sewajarnya.
“Tidak perlulah Bersatu untuk menjadi juara melaungkan Penyatuan Ummah apabila hakikat sebenarnya jelas menunjukkan mereka yang pada awalnya telah menggadaikan prinsip demi kuasa,” katanya lagi.
Dalam masa sama, Umno akan memperkasakan kerjasama bersama PAS bagi menghadapi PRU-15 akan datang kerana persafahaman yang baik melalui Muafakat Nasional (MN), katanya.
Persefahaman tersebut tambahnya menjadi kunci kepada penerimaan semula rakyat terhadap Umno dan MN yang berupaya untuk sebuah kerajaan yang stabil, seterusnya berupaya mencartakan kembali sebuah pelan pemulihan ekonomi negara.-Malaysiapost

