Muhammad Mustakim Ramli
UMNO Gua Musang mencadangkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dalam suku pertama 2021 bagi menyerahkan mandat kepada rakyat.
Sekiranya PRU tidak dapat diadakan dalam masa terdekat, maka Ahli Parlimen Umno mestilah menarik sokongan kepada Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gua Musang juga membuat ketetapan menolak sebarang kerjasama dengan Parti Pribumi Melayu Malaysia (Bersatu) berdasarkan suara akar umbi ahli-ahli peringkat cawangan.
Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Gua Musang juga membuat ketetapan mencadangkan Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan dalam suku pertama 2021.
“Kita juga mengusulkan mendesak Umno bertanding tidak kurang daripada jumlah kerusi Parlimen dan Negeri yang ditandingi dalam PRU ke-14 (dalam tahun 2018) yang lepas.
“Selain mencadangkan supaya Umno Bahagian diberi kuasa sepenuhnya untuk memilih dan menentukan calon Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya.
Umno Gua Musang juga mahu mengukuhkan kerjasama antara Umno dan PAS melalui pengukuhan Muafakat Nasional (MN).
“Kerjasama ini perlu dikaji semula sekiranya PAS tidak mengutamakan hubungan dengan Umno dalam MN,” katanya.-Malaysiapost

