Banjir: Jumlah mangsa meningkat

0
1
banjir johor *kredit fb bas mini pink

JUMLAH mangsa banjir di beberapa negeri meningkat setakat pagi ini dengan pertambahan bilangan mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah mangsa banjir di Johor meningkat kepada 7,112 orang di lapan daerah setakat jam 8 pagi ini, manakala di Pahang meningkat kepada 7,603 orang setakat jam 7.30 pagi.

Bernama melaporkan banjir di Terengganu pula menyaksikan 804 orang ditempatkan di PPS setakat jam 8 pagi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat, seramai 615 orang dari daerah Hilir Perak, Muallim dan Kampar di Perak ditempatkan di 10 PPS setakat jam 7.30 pagi ini.

Sementara itu, ANIH Berhad dalam kenyataan memaklumkan laluan KM84.6 – KM84.7 Lanchang, Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 ditutup sepenuhnya di kedua-dua arah akibat dinaiki air. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here