Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menzahirkan ucapan takziah kepada ahli keluarga mangsa kemalangan di Sungai Batang Lupar.
Beliau berharap agar seluruh ahli keluarga mangsa sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini.
“Saya percaya siasatan menyeluruh akan dilakukan pihak berwajib, bagi mengelakkan kemalangan seumpama ini berulang serta mutu dan kualiti keselamatan akan dipertingkatkan.
“Marilah kita mendoakan semoga roh mereka yang terbabit diberikan kesejahteraan atas amal kebaikan serta ditempatkan bersama golongan yang dikasihi tuhan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, dilaporkan sembilan mangsa terlibat dalam tragedi kenderaan pacuan empat roda terhumban ke dalam Sungai Batang Lupar di Pangkalan Feri Triso, Sebuyau, Sarawak
Sembilan mangsa iaitu dua wanita, tiga remaja, tiga kanak-kanak termasuk seorang bayi lelaki berusia empat bulan maut dalam tragedi terbabit. – Malaysiapost.
Artikel berkaitan

