Lelaki larikan diri dari hospital ditahan

0
1

SEORANG lelaki tahanan polis yang melarikan diri ketika menerima rawatan di sebuah hospital, awal pagi tadi berjaya ditahan semula.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, suspek berusia 43 tahun itu pada mulanya ditahan polis di Petaling Jaya pada 29 Disember lalu kerana terbabit kes dadah.

Menurutnya, suspek disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek kemudiannya dimasukkan hospital untuk menerima rawatan penyakit sawan yang dialaminya.

“Suspek dipantau tiga anggota polis ketika menerima rawatan di hospital, namun pada 4.30 pagi lelaki berkenaan meminta bantuan untuk membawanya ke tandas,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, ketika berada di dalam tandas suspek mengambil kesempatan melarikan diri melalui tingkap yang tidak mempunyai besi penghadang.

“Bertindak atas maklumat pada hari yang sama, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya membuat serbuan di sebuah resort di Port Dickson, Negeri Sembilan pada 10.30 pagi.

“Hasil serbuan, polis berjaya menahan semula lelaki berkenaan.

“Suspek kini disiasat juga mengikut Seksyen 223 dan 224 Kanun Keseksaan,”katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here