Elak shopping sebelum tidur

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

AWAS pembeli dalam talian terutama yang gemar ‘shopping’ sebelum tidur, anda mungkin menghadapi masalah hormon melanin.

Facebook Public Health Malaysia memaklumkan sekiranya aktiviti membeli-belah itu menjadi rutin setiap malam sebelum tidur ia akan mendatangkan masalah tanpa disedari penggemarnya.

“Akibat cahaya biru dari gadget, hormon melanin akan terganggu dan ia menjejaskan kualiti tidur. Hormon adrenalin merebut barang-barang promosi pada lewat tengah malam memburukkan keadaan.

“Tidak cukup dengan itu, anda akan mula membandingkan harga, membaca review dan akhirnya menghabiskan berjam-jam hanya untuk satu barang,” katanya.

Laman itu berkata tabiat itu juga jika tidak terkawal sudah tentu mendatangkan ‘sakit’ pada hujung bulan terutama jika berbelanja menggunakan kad kredit.

“Elakkan beli-belah online pada waktu malam; ketahui limit mingguan dan bulanan untuk anda berbelanja online.

“Tahu bilakah anda sudah ‘cukup’ berbelanja dan tahu waktu untuk berhenti serta meletakkan telefon jauh dari tempat tidur,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here