Terima kasih seluruh rakyat Malaysia – Ismail Sabri

0
2

Nurul Huda Abhar

SUDAH pasti tahun 2020 ini meninggalkan memori yang sukar kita lupakan, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ini kerana, katanya, hampir setahun rakyat telah berperang melawan wabak Covid-19 yang banyak memberi kesan bukan sahaja dari segi kesihatan dan ekonomi, malah menuntut merubah cara kehidupan baharu.

“Saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga yang kehilangan anggota keluarga akibat Covid-19 ini.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada petugas barisan hadapan atas komitmen dan pengorbanan yang dicurah mereka selama ini,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Ismail Sabri turut mengucapkan terima kasih kepada syarikat koporat mahupun individu yang memberi sumbangan kepada kerajaan dalam bentuk kewangan atau.peralatan perlindungan dari virus Covid-19.

“Yang paling penting terima kasih tidak terhingga kepada seluruh rakyat Malaysia yang sentiasa mematuhi arahan dan prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan kerajaan dan sama-sama membantu memutuskan rantaian Covid-19.

“Bagaimanapun kita masih belum menang, namun kita tiada pilihan selain kita mesti menang,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here