PU Riz akhirnya tampil… dengan sebaris ayat

0
1

Nurul Huda Abhar

SETELAH mengunci mulut selama dua hari tanpa sebarang komen mengenai status hubungan cintanya bersama pengacara popular Neelofa, PU Riz hari ini muncul dengan satu ‘posting’ di laman Instagram (IG).

PU Riz atau Muhammad Haris Mohd Ismail, 25, hanya memuatnaik sebaris ayat ringkas di Insta Storynya.

“And know that Allah SWT will resolve everything in the end, in a way you would never imagine,” tulisnya.

Menerusi ayat dikongsi, PU Riz menyatakan bahawa Allah akan menyesaikan segalanya, namun menjadi tanda tanya adakah perkongsian itu merujuk kepada rentetan berita berantakan hubungannya dengan Neelofa.

Namun, semakan terkini Malaysiapost mendapati hantaran di Insta Storynya itu telah pun dipadam.

Semalam, Neelofa menafikan semua andaian yang dilontarkan peminat sejak termasuk kenyataan bahawa beliau telah berkahwin dengan PU Riz.

Menjawab mengenai perhubungan mereka, Neelofa berkata mereka masih dalam perbincangan dan keluarga masing-masing sedang mencari jalan menyelesaikan.

“Apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.

“Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian.

“Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here