Pakai jersi Liverpool, peminat kecam Setiausaha Agung MUSA

0
1

Gara gara memakai jersi Liverpool di satu majlis rasmi, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Melaka United (MUSA), Ir Ahmad Roslee Hamzah teruk dikecam peminat bola sepak tempatan.

Tindakannya memakai jersi kelab juara Liga Perdana Inggeris itu mendapat kritikan hebat di media sosial kerana dianggap tidak profesional dan sensitif pada majlis rasmi MUSA.

Ahmad Roslee telah memakai jersi lambang pasukan luar negara pada Majlis Penutup Kursus Kejurulatihan Bolasepak Akar Umbi, sedangkan semua peserta kursus serta pegawai memakai baju lambang pasukan Melaka United dan FAM.

Tinjauan di laman Twitter, rata-rata netizen terutama penyokong setia Melaka menciap dengan ‘caption’ menunjukkan rasa tidak puas hati dan marah kerana sebagai Setiausaha Agung MUSA, Ahmad Roslee patut menjadi contoh untuk mengutamakan pasukan negeri itu.

“Ada benar juga apa yang dikatakan oleh para peminat bola sepak tempatan. “Bagaimana mereka mahu memberi sokongan kepada bola sepak Malaysia jika orang atasan sendiri memakai jersi kelab dari luar negara?,” ciap seorang peminat.

Kursus tersebut disertai 30 peserta dari dalam dan luar Melaka untuk mereka menimba ilmu kejurulatihan bola sepak peringkat akar umbi.

Hadir sama Pengarah Teknikal MUSA, Richard Sinapan dan ketua jurulatih remaja Melaka, Rashid Mamud. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here