3 hari dirawat, Rajinikanth dibenar keluar hospital

0
2

AKTOR superstar tersohor, Rajinikanth yang dimasukkan ke hospital kerana mengalami tekanan darah tinggi dan keletihan, dibenar pulang semalam setelah menjalani rawatan selama tiga hari. 

Pelakon itu menerima rawatan yang ketat, termasuk keadaan kesihatan dan diet pemakanan sentiasa dipantau kakitangan sebuah hospital di Hyderabad. 

Video terkini pelakon tersebut sejurus keluar dari hospital menjadi viral di media sosial, lapor Times of India, 

Kelmarin pihak berkuasa hospital telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkaitan keadaan kesihatan semasa aktor berkenaan. 

“Mr Rajinikanth dimasukkan ke hospital pada 25 Disember 2020 dengan tekanan darah tinggi dan keletihan. Dia kini di bawah pengawasan perubatan yang ketat dan dirawat oleh pasukan doktor. 

“Tekanan darahnya telah stabil dan dia berasa lebih baik. Memandangkan keadaan perubatannya yang semakin baik, dia dikeluarkan dari hospital hari ini. 

“Memandangkan status pasca transplantasi, hipertensi stabil, dan umurnya, nasihat berikut telah diberikan sebagai tambahan kepada ubat-ubatan dan diet. 

“Rehat dan mendapat tidur lengkap selama satu minggu dengan pemantauan tekanan darah secara berkala. 

“Minimum aktiviti fizikal dan hindari tekanan memandangkan keadaan di atas, dia juga telah diberi nasihat agar tidak melakukan aktiviti yang meningkatkan risiko dijangkiti Covid – 19 – Apollo Hospitals, Hyderabad” tulisnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here